Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Lemak"


Tips

sekiranya ingin nasi tidak melekat, masukkan sedikit minyak masak ke dalam beras sebelum ditanak. Nasi lemak sedap dimakan bersama bahan sampingan seperti telur rebus, ikan bilis goring dan timun

Ingredients

Nasi Lemak
Beras 2 cawan
Santan 1 cawan
Air 1 cawan
Daun Pandan - Disimpul 1 helai
Hirisan Halia 3 hiris
Garam Secubit
Bahan Untuk Sambal
Cili Kering Mesin 6 sudu besar
Bawang Merah -Ditumbuk 4 ulas
Bawang Putih -Ditumbuk 2 ulas
Bawang Besar -Dihiris 1 biji
Ikan Bilis (Dibasuh, Separuh Darinya Ditumbuk) Segenggam
Air Asam Jawa Sedikit
Garam , Gula Secukup rasa

Instructions

1

Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2

Semua bawang diumbuk halus

3

Tumis bawang besar, masukkan bahan tumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk hingga sedikit garing dan pecah minyak.

4

Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.

5

Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.