Back to Recipe Print

Recipe for "Rendang Ayam Cik Semah"


Tips

Gunakan santan segar berbanding santan kotak

Ingredients

Ayam Segar 1 ekor
Santan 350ml
Kerisik 1 senduk
Lengkuas 2cm
Halia 3cm
Serai 5batang
Cili Boh 3 sudu
Cili Api 20tangkai
Bawang Besar Se ulas
Bawang Putih 8 ulas
Minyak 400ml
Garam Secukup rasa
Gula Merah 2 sudu
Daun Kunyit 2 helai

Instructions

1

Bersihkan ayam Dan goreng separuh masak kemudian toskan

2

Blendkan bawang putih, bawang merah, cili api, serai, halia, lengkuas sehingga lumat.

3

Panaskan 1 senduk minyak masak ayam tadi kemudian tumiskan semua bahan yang telah diblander, masukkan juga cili boh hingga pecah minyak

4

Kemudian masukkan kerisik, santan, garam&gula. Kacau hingga sebati

5

Apabila sudah masak taburkan daun kunyit yang diracik halus.