Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Kentang & Bebola Ikan"


Tips

Kincam boleh didapati di kedai menjual barangan kering seperti kekacang dan sebagainya. Sila rujuk gambar.

Black fungus ialah sejenis cendawan yang memang sedap untuk diletakkan didalam mana-mana sup. Sila rujuk gambar juga.

Ingredients

Kentang 2 biji - belah 4
Cendawan Fungus (Black Fungus) 6 keping - rendam hingga kembang
Kincam Segenggam
Bebola Ikan 6 biji
Sohoon 1/2 cekak - rendam
Kiub Pati Ayam 1 biji
Bawang Merah 2 biji - hiris
Bawang Putih 2 ulas - hiris
Serbuk Lada Hitam 1/2 camca kecil
Garam Secukup rasa
Air 3 cawan
Daun Bawang 1 pokok - hiris
Bawang Goreng 1 camca besar

Instructions

1

Tumis bawang merah & bawang putih hingga harum.

2

Masukkan kentang, gaul rata, tuang air secukupnya.

3

Tambah kiub pati ayam & biarkan mendidih. Masak sehingga kentang separuh empuk.

4

Masukkan cendawan fungus, kincam & bebola ikan, gaul rata & masak hingga kentang betul-betul empuk.

5

Masukkan sohoon, serbuk lada hitam & perasakan garam. Gaul rata.

6

Tabur hirisan daun bawang & bawang goreng semasa menghidang.