Back to Recipe Print

Recipe for "Tempura Terung"


Tips

1. Jika rasa susah nak buah bater, boleh saja gunakan tepung tempura segera. Lebih senang!

2. Tempura ini sedap dimakan panas bersama sos clii dan mayonis. Boleh juga gantikan dengan pelbagai jenis sayuran

Ingredients

Telur 1 biji
Tepung Gandum 1 cawan
Tepung Jagung 1 sudu
Air Sejuk 3/4 cawan
Ketulan Ais Secukupnya
Garam Secukup rasa
Lada Sulah Secukup rasa
Secukup Rasa 3 biji

Instructions

1

Potong terung secara sederhana nipis. Terpulang nak potong bentuk macamana pun. Basuh dan rendam dengan air supaya terung tak lebam.

2

Dalam mangkuk lain, pukul telur seketika. Masukkan air sejuk yang betul² sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak.

3

Masukkan ketulan ais 1-2 ketul. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan serbuk lada sulah.

4

Gaulkan adunan menggunakan garfu.

5

Panaskan minyak. Celupkan potongan terung ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.