Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Ayam Myra"


Tips

Untuk masakan sambal,seeloknya dimasak atau ditumis lama sedikit untuk memastikan cili betul-betul masak.

Ingredients

Ayam 1/2 ekor
Bawang Besar 3 biji
Bawang Besar (Dihiris Tebal) 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inci
Serai (Dititik) 1 batang
Cili Giling 1 senduk bulat

Instructions

1

Cuci bersih ayam dan potong ikut kebesaran yang anda mahukan.gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam,gorengkan sedikit masak.ketepikan.

2

Kisar bahan2 kisar tadi.Ketuk serai ketepikan.Panaskan minyak untuk menumis.
Tumis bahan2 kisar tadi bersama serai yang dititik.tumis seketika.

3

Masukkan cili giling bersama bawang besar yg telah dihiris tadi.Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.masukkan sedikit air sebagai kuah.

4

Masukkan garam dan gula secukup rasa.masukkan ayam yang yelah digoreng tadi ke dalam sambal.gaul sebati.sekiranya kering masukkn lagi sedikit air.

5

Gaul sebati dan masakkan lagi lebih kurang 5 minit.tutup api dan hidang kan,