Back to Recipe Print

Recipe for "Savoury Muffin"


Tips

1) Resepi ini menggunakan roti sebagai base untuk inti. Ia lebih mudah dan cepat. Ia boleh diganti dengan kentang. Untuk menjadikan kentang sebagai base, potong kentang bentuk mancis dan disusun kemas dalam acuan. Bakar selama 10 minit sebelum memasukkan inti.

2) Adunan telur boleh dicampur susu cair, krim masakan dan sebagainya bagi mendapatkan hasil lebih muffin savoury yang lebih gebu.

3) Inti sardin seperti resepi asal boleh diganti dengan inti daging, ayam, udang dan sebagainya.

4) Pastikan ikan sardin diasingkan daripada kuahnya. Resepi ini hanya menggunakan ikannya sahaja.

Ingredients

Roti 6 keping
Telur 2 biji
Ikan Sardin 1 tin
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Kering (Siap Dikisar) 4 sudu besar
Cili Padi 3 tangkai
Air Asam Jawa 1/2 sudu
Lada Hitam 1 sudu kecil
Lada Putih 1 sudu kecil
Garam 1/4 sudu

Instructions

1

Tekan-tekan roti sehingga leper. Tekap dengan cawan dan dapatkan bentuk bulat.

2

Sapu acuan dengan mentega. Kemudian, padatkan roti yang dileperkan tadi ke dalam acuan.

3

Hiris bawang besar dan cincang bawang putih. Tumiskan hingga naik bau dan masukkan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.

4

Masukkan ikan sardin (tanpa kuahnya) dan adun sekali dengan bahan-bahan tumisan. Masuk asam jawa. Perlahankan api dan kacau hingga ikan masak.

5

Pukul telur dengan sedikit lada hitam, lada putih dan secubit garam.

6

Masukkan adunan telur ke dalam acuan yang telah dipadatkan dengan roti tadi. Kemudian masukkan inti sardin tadi.

7

Bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 180°. Sentiasa periksa savoury muffin supaya base roti tidak hangit.

8

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!