Back to Recipe Print

Recipe for "Siew Pak Choy Sos Tiram"


Tips

Resepi ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram sudah pun masin. Jangan rebus sayur terlalu lama kerana nanti akan hilang khasiatnya

Ingredients

Sayur Sawi Siew Pak Choy 1 kg
Air Secukupnya
Tepung Jagung 1/2 sudu makan
Sos Tiram 2 sudu besar
Bawang Goreng Untuk Ditabur Secukupnya
Bawang Putih-Dicincang Halus 2 ulas

Instructions

1

Masak air hingga mendidih. Kemudian masukkan sawi dan rebus selama seminit. Angkat dan masukkan dalam air sejuk

2

Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Setelah bawang garing, ketepikan dahulu

3

Dalam kuali yang sama, masukkan air dan biar mendidih. Masukkan sos tiram dan kacau rata

4

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau sehingga pekat.

5

Susun sawi dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi. Tabur , bawang putih goreng tadi dan bawang goreng di atasnya. Hidangkan segera