Back to Recipe Print

Recipe for "Gyoza"


Tips

1. Kadangkala saya suka masukkan cendawan shitake dan lobak merah ke dalam aduan.

2. Sekiranya banyak gyoza, boleh disimpan untuk difrozenkan.

3. Boleh juga dicampur untuk membuat sup

Ingredients

Kulit Gyoza 1 paket
Air Sedikit
Minyak Untuk Menggoreng Sedikit
Inti Daging
Daging/ayam Cincang 200g
Isi Udang Dicincang 100g
Garam 1 sudu besar
Halia, Dicincang 2-3 cm
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu kecil
Kicap Cair 1 sudu besar
Minyak Bijan 1 sudu kecil
Tepung Ubi 1 sudu besar
Tauhu(Diramas-Ramas Supaya Hancur) 1 ketul
Garam Secukup rasa
Telur 1 biji

Instructions

1

Masukkan semua bahan2 untuk inti ke dalam mangkuk besar

2

Pecahkan telur ke dalam dan gaul hingga sebati.

3

Ambil sehelai kulit gyoza, dan letak inti di tengah2. Basahkan tepi kulit dan kelit gyoza.

4

Buat sehingga habis.

5

Panaskan kuali leper dan masukkan sedikit minyak. Susunkan gyoza ke atas kuali dan masak sehingga bahagian bawah telah garing.

6

Setelah bahagian bawah gyoza garing, tuangkan sedikit air dan tutup kuali tadi. Biarkan air tadi mengewap

7

Stim dan tunggu sehingga gyoza betul-betul masak dan air sudah kering.

8

Jika air mengering dengan cepat tapi gyoza masih tidak masak, tambahkan air lagi

9

Apabila sudah siap boleh lah diangkat dan makan dengan sos pilihan