Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Senangin Masak Tempoyak Simple"


Tips

Boleh guna ikan apa sahaja, terpulang pada selera masing2

Ingredients

Ikan Senangin 1 ekor
Tempoyak 4 sudu besar
Kunyit 2 cm
Cili Padi 3 biji (terpulang)
Daun Kesum 4 tangkai (terpulang)
Asam Keping 2 keping

Instructions

1

Ikan dibersihkan dan dipotong empat.

2

Kisar tempoyak, cili padi dan kunyit.(Guna pengisar basah)

3

Masukkan ke dalam periuk bahan kisar bersama ikan. Boleh tambah air jika nak kuah lebih.(Terpulang pada citarasa).

4

Bila dah mendidih bolehlah letak daun kesum dan asam keping. Boleh juga dimasukkan garam. sedikit gula dan perasa.

5

Bila dah ikan masak dan cukup rasa,blhlah diangkat dan dihidang.