Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Kurma Dengan Sos Coklat"


Tips

1. Sebaiknya anda menggunakan kurma medjoul kerana kurma jenis ini adalah yang paling sedap.

2. Sukatan gula boleh dikurangkan sedikit jika anda tidak suka kek yang terlalu manis.

3. Sukatan susu pekat untuk sos juga boleh dikurangkan supaya tidak terlalu manis.

Ingredients

Bahan Kek
Kurma Dibuang Biji 250g
Soda Bikarbonat 1 sudu kecil
Air Mendidih 1 1/2 cawan
Mentega 125g
Gula Perang 1 cawan
Esen Vanila 1 sudu kecil
Tepung Naik Sendiri 1 3/4 cawan
Telur 2 biji
Bahan Sos
Susu Cair Yang Dipanaskan 1/2 cawan
Susu Pekat 1 cawan
Minyak 1 1/2 cawan
Serbuk Koko 1 cawan

Instructions

KEK

1

Potong kurma mengikut saiz yang dikehendaki. Seeloknya dipotong kecil.

2

Campurkan air mendidih dan soda bikarbonat bersama kurma yang telah dipotong. Biarkan selama 10-20 minit

3

Pukul mentega, gula perang dan esen vanila sehingga kembang.

4

Tambahkan telur satu persatu dan pukul lagi.

5

Campurkan adunan mentega yang telah dipukul tadi dengan tepung naik sendiri dan campuran kurma. Kaup balikkan hingga sebati.

6

Masukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah di pre heat (180°C) selama 35-40 minit atau sehingga masak.

SOS

1

Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Boleh juga dipanaskan sekejap atas api kecil