Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Ala-Ala Prawn Olio"


Tips

1. Boleh tambah cendawan, daun parsley, serbuk lada hitam & lada sulah.
2. Boleh juga terus menggunakan cili
flakes bagi mengantikan cili kering.

3. Untuk lebih sedap gunakan minyak zaitun untuk menumis.

Ingredients

Spaghetti 1 paket *anggaran
Udang (Kupas Kulit Dan Asingkan) 200 gram
Kek Ikan (Dihiris Tebal) Satu papan
Bebola Ikan (Dipotong Dua) 20 biji
Bawang Putih (Dicincang Halus) 5 - 7 ulas
Cili Kering (Potong Kecil-Kecil) 10 tangkai
Tomato (Kalau Guna Yang Besar Dadu, Kalau Kecil Potong Dua Sahaja) 5-7 biji (bersaiz kecil)
Garam Secubit
Bawang Merah (Guna Bawang Holand Dan Dihiris Sahaja)) 3 biji

Instructions

1

Rebus kulit udang di dalam periuk untuk mendapatkan stok / air rebusan.

2

Sementara itu, rebus spaghetti sehingga cukup masak. Untuk mengelakkan melekat, tambah sedikit minyak.

3

Apabila spaghetti dah masak dan stok/air rebusan telah tersedia, panaskan minyak dan goreng dahulu cili kering yang sudah dipotong kecil dan asingkan.

4

Kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masukkan kek ikan, bebola dan udang.

5

Kemudian apabila sudah sebati, masukkan stok/air rebusan. Kalau suka berkuah, masukkan banyak jika suka kering, masukkan sedikit sahaja.

6

Setelah kuah kelihatan hendak mendidih, masukkan spaghetti, secubit garam tomato dan cili yang telah digoreng awal tadi.

7

Kacau sebati dan sedia dihidangkan. Jangan tunggu sehingga untuk diangkat.