Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Lemak Cili Api"


Tips

1. Mudah disediakan dan perlu kacau selalu dan menggunakan api yang sederhana dan jangan sampai mendidih lama sangat sehingga bertahi minyak.
2. Boleh letak sayur rebung/tempoyak dan lain-lain yang dirasakan boleh mengikut citarasa sendiri.
3. Resipi ini tidak menggunakan bawang putih dan bawang merah hanya guna seulas sahaja.

Ingredients

Ayam 4-6 ketul
Bawang Merah Sebiji (dikisar)
Cili Api 7-9 tangkai (dikisar / dicincang)
Kunyit Hidup / Serbuk 1 ruas / 1 sudu kecil
Santan 1 cawan
Air Satu cawan / ikut keperluan
Serai Sebatang (diketuk)

Instructions

1

Masukkan semua bahan tadi di dalam periuk, Gaul sebati dan masukkan santan.

2

Didihkan di atas api dan kacau, sekiranya kuah pekat, masukkan air. Masukkan serai dan kacau perlahan.

3

Tunggu sehingga mendidih dan ayam betul-betul masak.

4

Sedia dihidangkan. ^_^