Back to Recipe Print

Recipe for "Rempeyek Kacang Dan Ikan Bilis Rangup"


Tips

Tips buat rempeyek ni.. Pastikan kuali cukup panas. Ambik senduk dan curah tepung yang dibancuh di tepi dan biarkan dia mengalir ke dalam minyak. nanti dia akan tanggal sendiri.

Ingredients

Tepung Beras 2 1/2 cawan
Air 4 cawan
Telur Ayam 1 biji
Buah Pala 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Api 8 biji
Jintan Manis 1 sudu besar
Kacang Tanah Satu genggam
Ikan Bilis Kopek Satu gengam
Daun Limau Purut 6 helai

Instructions

1

Semua bahan diatas kecuali daun limau purut dan jintan manis, dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus.

2

Keluarkan ke dalam besen dan campur daun limau purut dan jintan manis. Perap kira-kira 20 minit.

3

Panaskan minyak dalam non stick pan. Minyak harus banyak. Apabila minyak panas, ambil sesenduk adunan tepung tadi dan curahkan ke dalam kuali. Banyak mana harus dicurahkan terpulang kepada besar kualinya

4

Taburkan kacang tanah mengikut kebesaran rempeyek tersebut. Dalam 6 7 biji pun okey. Taburkan juga ikan bilis.

5

Selepas Tepung tersebut tanggal daripada kuali. Terbalikkannya untuk biarkan kacang masak. Gunakan api yang sederhana.

6

Angkat dan Toskan