Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Canai Teloq Meleleh"


Tips

1. Untuk kuah dhal, rendam kacang dhal semalaman & rebus hingga empuk. Masukkan sayuran lain seperti kacang panjang & terung jika suka.
2. Untuk sambal tumis, masukkan gula apabila tumisan pecah minyak untuk mendapatkan warna sambal yg menarik.
3. Untuk telur separuh masak, masukkan telur dlm air ais selepas diangkat dr air mendidih untuk menyejukkan ia sekali gus menghentikan proses memasak.

Ingredients

Bahan2 Untuk Kuah Dhal
Kacang Dhal 1 cawan
Kentang 1 biji
Lobak Merah 1/2 batang
Serbuk Kunyit 1sk
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Tumisan Untuk Kuah Dhal
Bawang Merah Dihiris 2 ulas
Bawang Putih Dihiris 2 ulas
Halia Dihiris 1 cm
Biji Sawi 1/2 sk
Cili Kering Dipotong 3 3 tangkai
Daun Kari 1 tangkai
Bahan2 Untuk Sambal Tumis Bilis
Cili Kering Direbus * 7 tangkai
Bawang Besar * 1 labu
Bawang Putih * 2 ulas
Ikan Bilis *(Kisar Sejemput) Segenggam
Asam Keping 1 keping
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan2 Untuk Telur Meleleh
Telur Gred B Pada Suhu Bilik 2 biji
Air Untuk Merebus Secukupnya
Air Ais Secukupnya
Bahan2 Untuk Roti Canai
Roti Canai/paratha Segera 1 paket
Minyak Masak Beberapa sudu

Instructions

Cara penyediaan kuah dhal

1

Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga separuh garing. Masukkan biji sawi, cili kering & daun kari & tumis hingga garing.

2

Masukkan kacang dhal yg telah direbus, kentang, lobak merah & air secukupnya. Masukkan juga serbuk kunyit.

3

Masak hingga dhal hancur & pekat. Perasakan dgn garam & gula secukup rasa.

Cara penyediaan sambal tumis bilis

1

Kisar bahan bertanda * hingga halus. Panaskan minyak & tumis bahan kisar.

2

Masukkan asam keping & ikan bilis selebihnya. Masak hingga pecah minyak.

3

Masukkan garam & gula & masak lagi hingga kering. Sedia dihidang.

Cara penyediaan telur meleleh

1

Masukkan air dlm periuk. Paras air hendaklah menenggelami telur. Buka api & didihkan air.

2

Apabila air menggelegak tutup api, masukkan telur menggunakan senduk perlahan2 & tutup periuk dgn tudung periuk.

3

Setkan masa selama 4 min. Apabila cukup masa segera pindahkan ke dalam air ais.

Cara penyediaan roti canai

1

Panaskan pan & masukkan 1 sb minyak. Masukkan roti canai. Apabila garing balikkan ia. Masak lagi hingga garing.

2

Angkat & tepuk2 sedikit roti canai.

3

Hidangkan roti canai bersama kuah dhal, sambal tumis bilis & telur separuh masak.