Back to Recipe Print

Recipe for "Kuah Pasembor"


Tips

Sekiranya mahu kuah berwarna lebih gelap, semasa masukkan gula biarkan sekejap. Bila dah nampak gula jadi gelap, kemudian baru kacau kuah.

Ingredients

Serbuk Cili 2-3 sudu besar
Minyak Masak 2-3 sudu besar
Buah Kurma, Buang Biji, Rendam, Blend Halus 7 biji
Kismis, Rendam, Blend Halus 2 sudu besar
Kacang Tanah, Goreng Tanpa Minyak, Tumbuk 3 sudu besar
Gula Kabong 1 keping
Pati Asam Jawa 1/2 sudu besar
Biskut Marie, Blend Dengan Sedikit Air 8 keping
Gula, Garam Adjust
Bijan Putih 1 sudu besar

Instructions

1

Bancuh serbuk cili dengan sedikit air hingga jadi seperti paste. Panaskan minyak masak dan tumis cili sehingga garing.

2

Masukkan kurma dan kismis yang telah dikisar tadi, masukkan kacang tanah, gula kabong dan pati asam jawa. Sesuaikan dengan air. Masak hingga mendidih.

3

Perasakan dengan gula dan garam. Masukkan biskut Marie yang telah dikisar. Boleh tambah extra untuk kuah yang lebih pekat.

4

Sesuaikan kepekatan, tutup api dan tabur bijan. Siap!