Back to Recipe Print

Recipe for "Ketupat Palas"


Tips

1. Untuk mengelakkan pulut melekat dijari semasa membalut, cubit sedikit kapur makan dihujung jari & usap kelima2 hujung jari hingga kering. Menggunakan kaedah ini, tidak perlu mencelup jari ke dalam air setiap kali mahu membalut ketupat.
2. Untuk mengelakkan ketupat hangit semasa direbus, letakkan daun palas yg telah digunting pada dasar periuk. Bila air kering, daun itu yg hangit & bknnya ketupat.
3. Untuk langkah keselamatan rebus ketupat menggunakan rice cooker kerana apabila air kering rice cooker akan automatik ke mode 'warm' & ketupat tidak akan hangit.
4. Semasa ketupat direbus tak perlu dikacau. Hanya biarkan air rebusan kering.

Ingredients

Beras Pulut 2 kg
Santan Pekat 1 kg
Air 2-3 cawan
Daun Pandan( Dikoyak & Disimpul) 3 helai
Gula 2sb
Garam 2sk
Daun Palas Secukupnya

Instructions

1

Basuh bersih pulut & toskan. Masak santan, air, daun pandan, gula & garam sambil dikacau. Apabila panas masukkan pulut.

2

Kacau sentiasa supaya tidak hangit dibawahnya. Kacau hingga santan kering. Pulut mmg mentah. Tidak mengapa kerana ia akan direbus lg nnt.

3

Biarkan suam @ sejuk sebelum dibalut dgn daun palas. Ceduk ke dlm bekas lain supaya pulut cepat sejuk.

4

Ambil 1 helai daun palas & buatkan kelongsong. Masukkan pulut sikit demi sedikit hingga kelongsong penuh.

5

Lipat 3 kali sambil ditarik2 daun palas supaya pulut padat & kemas. Simpulkan ketupat. Lakukan hingga pulut habis.

6

Gunting lebihan daun palas yg telah disimpul supaya nampak kemas.

7

Letakkan lebihan daun palas yg digunting didasar periuk. Masukkan ketupat & juga air sama paras dgn ketupat.

8

Hidupkan rice cooker & biarkan masak. Apabila rice cooker sudah 'warm' mode, angkat periuk & letakkan atas api untuk menggaringkan sedikit ketupat.

9

Keluarkan ketupat dr periuk. Sedia dihidang panas atau suhu bilik.