Mee Kuning Dicelur | 1 bungkus |
Daging Dihiris Nipis | 250gm |
Sup Bunjut | 1 bunjut |
Kiub Pati Daging | 1 kiub |
Serbuk Lada Hitam | 1/2 sk |
Garam | Secukup rasa |
Tauhu Dibelah 2, Digoreng & Dihiris Nipis | 2 keping |
Bahan Tumis | |
Bawang Merah Dihiris | 1 ulas |
Halia Dihiris Halus Panjang | 2cm |
Daun Sup Dihiris Pnjg (Berserta Batang) | 1 pokok |
Bahan Cili Kicap | |
Cilipadi | 5 tangkai |
Bawang Putih | 3 ulas |
Bawang Merah | 1 ulas |
Kicap Lemak Manis | 1/4 cawan |
Gula | 1sb |
Garam | 1/2 sk |
Rebus daging hingga lembut. Masukkan sup bunjut & kiub pati lembu. Biarkan mereneh.
Dalam kuali lain, tumis bawang & halia hingga sedikit garing. Masukkan daun sup & goreng hingga daun sup layu. Masukkan dalam rebusan daging td.
Masukkan serbuk lada hitam. Perasakan dgn garam secukup rasa. Reneh lg hingga bhn tumisan td mesra.
Masukkan tauhu yg dihiris nipis & biarkan hingga mendidih lg.
Sementara kuah dimasak, boleh sediakan cili kicap. Goreng cilipadi, bawang putih & bawang merah hingga sedikit garing. Angkat & toskan minyak.
Masukkan dlm lesung batu bersama garam & gula. Tumbuk hingga sedikit lumat. Masukkan kicap & kacau sebati.
Hidangkan mee bersama hirisan daun bwg⊃, bawang goreng, hirisan limau kasturi & cili kicap.