Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Butter Cheese"


Tips

Garam tak perlu terlalu banyak ya.Sebab kiub pati ayam already salty!

Ingredients

Bahan Perap Ayam
Ayam 5 hingga 6 pcs
Rempah Kari 1 sd besar
Telur Sebiji
Bahan Salut Ayam
Lada Hitam 1 sd kecil
Tepung Gandum 1 cawan
Tepung Jagung 2/3 cawan
Garam 1 sd kecil
Sos Butter Cheese
Butter 2 sd besar
Bawang Putih 3/4 ulas (cincang)
Daun Kari 7 helai (ikut suka)
Susu Pekat Manis/cair 1 sd besar
Cheese 2 pcs
Kiub Pati Ayam 1/2 kiub
Air 1/2 cawan
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan ayam dan perapkan dengan kesemua bahan perap di atas selama 30 minit

2

Campurkan kesemua bahan salut ayam dan kacau sehingga rata. Masukkan ayam yang siap diperap dan salutkan semua sekali.

3

Panaskan kuali yang berisi minyak dan masukkan ayam yang bersalut tepung tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.

4

Kemudian panaskan kuali dan masukkan butter,bawang putih, daun kari dan kacau sehingga naik bau. Masukkan susu pekat manis tadi dan kacau.

5

Masukkan sedikit air dan kiub pati ayam.Selepas tu letak 2 pcs cheese dan kacau sehingga pekat.Letak garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ayam.

6

Kacau sehingga sos sebati dengan ayam dan siap!
Selamat mencuba!