Back to Recipe Print

Recipe for "Karikurma Ayam"


Tips

Ayam dibuang kulit dan dipotong 12 atau 16.

Ingredients

Ayam 1 kg.
Ubi Kentang - Dipotong Dua 5 biji
Serai Dititik 1 batang
Kulit Kayu Manis 2 inci
Bunga Lawang 2 kuntum
Buah Pelaga 4 biji
Halia Dikisar Atau Dicincang Halus 1 inci
Bawang Putih Dikisar Atau Dicincang Halus 4 ulas
Bawang Besar Dikisar 2 biji
Daun Kari 2 helai
Serbuk Rempah Kari Daging 4 sudu besar
Serbuk Rempah Kurma 2 sudu besar
Serbuk Cili 1 sudu besar
Susu Sejat 1 tin
Air Secukupnya 2 tin air (ukuran tin susu sejat)
Kiub Ayam 1 kiub
Buah Tomato Saiz Sederhana - Dipotong Kiub @ Kecil 1 biji

Instructions

1

1. Satukan serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kurma dan serbuk cili. Bancuh dengan air untuk menjadikannya pes rempah.

2

Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Masukkan serai, diikuti dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau, kemudian masukkan kisaran halia dan bawang putih, diikuti dengan kisaran bawang besar dan daun kari. Tumis sehingga naik bau dan bahan-bahan tumisan kekuningan.

3

Kemudian masukkan pes rempah. Kacau rata dan perlahan api. Biarkan rempah mereneh di atas dapur sehingga rempah garing/terbit minyak.

4

Selepas rempah garing masukkan ayam. Kaupbalikkan ayam dengan rempah. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh di atas dapur lebih kurang 10 minit.

5

Kemudian masukkan susu sejat dan air. Kacau rata. Masukkan kiub ayam Knorr dan buah tomato. Masak di atas dapur sehingga kuah mendidih.

6

Selepas itu masukkan potongan ubi kentang. Perisakan dengan garam dan gula. Masak di atas dapur sehingga ayam masak dan ubi empuk.

7

7. Akhir sekali masukkan cili padi hijau dan cili hidup. Kacau dan tutup api.