Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Chiffon Oren"


Tips

Parutan kulit limau boleh diabaikan sekiranya anda mahu.
Bahagian B, disebut sebagai membuat 'merengue'. Paling penting jangan termasuk air atau telur merah. Anda boleh terbalikkan 'merengue' yang telah siap kerana ia tidak akan jatuh.

Ingredients

Tepung Naik Sendiri 1 3/4 cawan
Garam Halus 1/8 camca teh
Kuning Telur 6 biji
Gula Halus 1/2 cawan
Buah Oren (Diparut Kulit) 1
Jus Oren 3/4 cawan
Minyak Jagung 1/4 cawan
Oren Sunquick 1 sudu
Bahan B
Putih Telur 6 biji
Gula Halus 3/4 cawan
Cream Of Tartar 1 camca teh

Instructions

1

Ayakkan tepung bersama garam. Ketepikan.

2

Pukul kuning telur dan gula halus di bahagian pertama sampai larut.

3

Kemudian masukkan minyak jagung,jus oren,parutan kulit oren, oren sunquick dan juga tepung yang diayak tadi. Pukul sehingga semuanya sebati.Ketepikan.

4

Dalam bekas lain, pukul telur putih sehingga kembang, masukkan cream of tartar dan gula. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga ia menjadi kental.

5

Kemuadian cedukkan bahan ini separuh dan masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi. Gaul rata dan masukkan kesemua adunan telur putih tadi.

6

Kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.

7

Akhir sekali, masukkan ke dalam loyang kegemaran dan bakar pada kadar 160-160 darjah celcius selama 50 minit.