Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Kampung Bilis Garing"


Tips

Sekiranya anda inginkan pedas, anda boleh menggantikan cili merah kepada cili padi. Sedap juga dimakan bersama keropok goreng.

Ingredients

Nasi Yang Sudah Dimasak 2 cawan
Ikan Bilis Sedikit
Cili Merah 2-3 biji
Bawang Putih 3 biji
Bawang Merah 2 biji
Sos Tiram 2-3 sudu
Daun Bawang Dan Daun Sup Sedikit
Telur 2 biji
Minyak Untuk menggoreng

Instructions

1

Basuh bilis, toskan dan goreng garing. Ketepikan.

2

Pecahkan telur dan masukkan sedikit sahaja garam. Pukul telur dan goreng secara 'scramble egg'.

3

Potong kasar bawang putih, bawang merah dan cili merah. Kisar kasar atau tumbuk kesemua bahan ini.

4

Potong daun sup dan daun bawang mengikut saiz yang diinginkan.

5

Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.

6

Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang serta sos tiram. Tambahkan sedikit sahaja garam sekiranya perlu. Kacau rata.

7

Kemudian masukkan nasi dan bilis goreng serta telur yang digoreng tadi.

8

Goreng sehingga kesemua bahan sebati dan sedia untuk dihidangkan.