Back to Recipe Print

Recipe for "Bergedil Roti Dan Sardin"


Tips

Boleh diolah dan ditambah pelbagai bahan lain yang bersesuaian. Sesuau dimakan begitu saja. Atau dimakan bersama nasi atau sup.

Ingredients

Roti Gardenia 8 keping
Sardin Tin 4 ekor
Bawang Besar 1/2 biji
Lada Sulah 1 sudu kecil
Daun Bawang 2 sudu besar
Gula Dan Garam Secukup rasa
Telur 1 biji

Instructions

1

Koyak roti kecil-kecil. Hancurkan sardin. Satukan dalam mangkuk.

2

Cincang halus bawang besar. Potong halus daun bawang campurkan ke dalan mangkuk tadi.

3

Tambahkan lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.

4

Kepalkan menjadi bulat. Leperkan sedikit. Buat hingga habis.

5

Panaskan minyak untuk goreng tenggelam. Pukul telur. Celup bergedil pada telur yang dipukul tadi.

6

Goreng. Ulang proses sama hingga habis. Angkat setelah keperangan. Tos dan sedia dihidang.