Back to Recipe Print

Recipe for "Ketam Kari Masam Manis"


Tips

Jika mahu sedikit berkuah, boleh tambahkan air mengikut sukatan yang anda mahu.

Daun kari menambah bau masakan lebih menarik.

Anda boleh menambah sayur seperti tomato dalam masakan.

Ingredients

Ketam 4 ekor
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Serbuk Kari 3 sudu besar
Daun Kari 10 helai
Halia 50 gram
Sos Cili 2 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Air 1/2 cawan
Minyak Masak 200ml
Bawang Putih 3 ulas dikisar
Bawang Merah 3 biji dikisar

Instructions

1

Basuh ketam dengan bersih, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.

2

Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ketam tadi sehingga bertukar warna keemasan selama beberapa minit.

3

Angkat ketam yang telah digoreng tadi dan letak ditepi.

4

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.

5

Masukkan halia dan daun kari. Setelah bau naik masukkan 3 sudu besar serbuk kari. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.

6

Masukkan sos cili, gula dan garam secukup rasa. Kacau dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi.
Gaulkan dan biarkan masak selama beberapa minit.

7

Dan siap untuk dihidang.