Back to Recipe Print

Recipe for "Risoles"


Tips

Boleh ditambah kepedasan ikut kegemaran masing - masing. Jugak boleh dibuat sebagai makanan sejuk beku

Ingredients

Inti
Daging Lembu Atau Ayam 400gm
Kentang Didadu 3 biji
Lobak Merah Di Dadu 1 biji
Daun Sup Dan Daun Bawang Segengam
Bawang Besar Di Dadu 1 biji
Bawang Puting Di Cincang 5 ulas
Cili Padi Di Hiris 3 batang
Serbuk Lada Sulah 1 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 3 sudu besar
Tepung Jagung 2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Air Secukupnya
Kulit Risoles
Tepung Gandum 40gm
Tepung Ubi 40gm
Tepung Kastad 20gm
Tepung Jagung 20gm
Telur Saiz A 1 biji
Minyak Masak / Butter Cair 1 sudu besar
Susus Segar 130ml
Air 50ml
Garam Dan Gula Secukup rasa
Pewarana Kuning Secukupnya
Salutan Luar
Serbuk Roti Secukupnya
Telur 1 biji
Keju Cheddar Secukupnya

Instructions

INTI

1

Tumiskan bawang putih hingga naik bau, Jangan sampai hangit. Masukkan bawang besar dadu tadi, tumis hingga layu dan naik bau

2

Masukkan daging cincang tadi. Biar hingga empuk dan masak. Kenudian masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga empuk. Tambahkan sedikit air

3

Bila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan perasa garam, lada sulah dan lada hitam. Dan cili api tadi. Masak hingga sebati

4

Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air. Tuang kedalam daging tadi. Gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.

5

Toskan bahan gorengan tadi untuk membuang minyak dah lebihan air tadi.

UNTUK KULIT RISOLES

1

Blender semua bahan tadi dan tapis untuk membuang sebarang kekotaran.

2

Panaskan non stick pan. Sapu sedikit minyak. Tuang sesenduk bancuhan tepung tadi dan buat seperti kuih ketayap.

3

Bila sudah masak, boleh la dibiarkan sejuk. Setiap lapisan kulit haruslah dilapik plastik untuk mengelakkan dari melekat.

UNTUK MEMBALUT

1

Ambik sekeping kulit tadi, isikan dengan inti tadi. taburkan keju cheddar atau sebarang cheese. Balut seperti kuih ketayap.

2

Selepas selesai membalut, gulingkan kuih tadi dalam telur yang dipukul. Dan salutkan dengan serbuk roti. Dan sedia untuk digoreng