Back to Recipe Print

Recipe for "Churros And Homemade Chocolate Dipping"


Tips

Lebih sedap jika dimakan dengan nutella.

Ingredients

Tepung Gandum 1 1/2 cawan
Butter/marjerin/minyak 1 sudu besar
Air 1 cawan air
Gula 1 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Esen Vanila 1/2 sudu kecil
Telur Sebiji
Homemade Chocolate Dipping
Butter 1 sudu besar
Susu Manis 3 sudu besar
Air 3 atau 4 sudu besar
Milo Atau Koko 2 sudu besar
Nescafe 1/2 sudu kecil

Instructions

1

Didihkan air dalam periuk. Masuk kan butter, gula & garam. Kacau sebati. Pastikan api sederhana.

2

Perlahankan api, masukkan tepung dgn cara tabur atau ayak supaya tepung tak berketul-ketul. Kacau laju-laju. Kemudia tutup api.

3

Pukul telur bersama esen vanila & masukkan ke dalam periuk. AwAs! Kacau dulu guna sudip kayu atau garfu. Bila hampir sejuk baru uli guna tangan.

4

Masukkan adunan ke dalam piping bag dgn menggunakan nozle bintang.

5

Paipkan ke sehingga habis & boleh mula menggoreng (deep fry) . Masak sehingga bertukar warna kuning & sedikit perang. Jgn terlalu lama.

Cara membuat coklat dipping

1

Masukkan butter ke dlm periuk & letak di atas api yg kecil.

2

Apabila butter sudah cair masukkan susu & air. Kacau..

3

Masukkan pula milo/koko bersama nescafe. Kalau anda guna koko tidak perlu lagi nescafe kerana ianya sudah ada rasa pahit. Terpulang pada citarasa.

4

Kacau sehingga pekat & mendidih. Jgn berhenti kacau kerana ianya akan buatkan coklat hangus.

5

Matikan api & hidang. Selamat mencuba!