Back to Recipe Print

Recipe for "Buah Melaka"


Tips

Lebih besar gula gerek, lebih bnyk air gulanya masa makan nnt.

Ingredients

Daun Pandan 3,4 helai
Tepung Pulut 1 1/2 cawan
Pandan Paste 1 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Air 3/4 cawan air
Isi Kelapa Parut -Yang Putih Sahaja 1/3 cawan
Gula Gerek - Dipotong Dadu Secukupnya
Bahan Salutan
Garam Secukup rasa
Kelapa Parut - Yang Putih Sahaja Secukupnya

Instructions

1

Masukkan pandan paste, isi kelapa, garam, daun pandan dan air. Kisar sehingga sebati dan tapiskan.

2

Jadikan air santan pandan yg ditapis td 3/4 cawan. Masukkan 3/4 cawan tadi ke dalam tepung pulut dan uli sehingga jd doh.

3

Sementara itu, masukkan air berserta sedikit garam dalam periuk dan biarkan ia mendidih.

4

Cubit sedikit doh, penyekkan dan letakkan gula gerek kemudian bulat-bulatkan.Dah bulat-bulatkan, masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.

5

Masuk suku-suku, atau separuh-separuh.. Sementara itu sebatikan bahan salutan tadi.

6

Bila doh naik di permukaan air, angkat dan golekkan di dalam bahan salutan tadi. Siap dihidang.