Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Gebu"


Tips

- Boleh guna kan tepung kentang jika tidak mahu buat kentang lenyek.
- Resepi ni memang tidak menggunakan telur. Sebab tu lembut dia tahan lama.

Ingredients

Tepung Gandum 500 gram
Air Suam 210 ml
Susu Tepung 3 sudu besar
Gula 3 sudu besar
Mauripan / Instant Yis 11 gram / 1 paket
Kentang Lenyek 1 biji
Mentega 2 sudu besar
Garam 1 sudu teh
Air Sejuk (Peti Ais) Sedikit

Instructions

1

Rebus kentang sehingga empuk dan lenyekkan sehingga hancur. Jadikan mashed potato.

2

Satukan air suam, susu tepung dan gula. Gaul rata sehingga sebati kemudian baru masukkan mauripan. Biarkan sehingga berbuih iaitu selama 5 minit.

3

Di dalam bekas lain, masukkan tepung, marjerin, garam dan kentang lenyek. Gaul rata.

4

Selepas itu, masukkan bancuhan mauripan tadi ke dalam tepung. Uli sehingga menjadi doh.

5

Jika doh melekat di tangan, masukkan air sejuk sehingga doh menjadi lembut.

6

Selepas itu, ambil ketul-ketul kecil dan uli bulat-bulat menjadi bentuk donut.

7

Biarkan adunan donut tadi kembang selama 5 - 10 minit sebelum digoreng.

8

Pastikan minyak banyak dan cukup untuk tenggelamkan donut. Pastikan minyak cukup panas sebelum goreng, jika tidak donut tersebut akan serap minyak