Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Goreng Ikan Bilis"


Tips

1. Buat dengan sabar dan jangan tinggalkan sambal semasa sambal dah nak garing nanti hangit. Kacau macam nak buat serunding.

2. Minyak kena banyak supaya sambal garing dengan baik. Dah masak boleh toskan minyak sebelum angkat.

3. Simpan di tempat yang kering supaya tahan lama.

Ingredients

Bawang Merah (Nak Sedap Guna Bawang Holand) Tiga biji besar (kalau sederhana, guna lima biji)
Ikan Bilis 100 gram / satu mangkuk
Minyak Masak Dua cawan
Cili Kisar Tujuh ke sembilan sudu besar
Asam Keping Tiga keping
Garam Secukupnya

Instructions

1

Bawang hendaklah ditumbuk dan campur bersama cili kisar dan ikan bilis.
(Untuk resipi ini, ikan bilis tidak perlu digoreng terlebih dahulu)

2

Panaskan minyak dan masukkan semua bahan. Kacau sehingga sebati dan masukkan asam keping.

3

Masukkan garam dan kacau sehingga garing. Untuk memastikan garingan kita tadi sempurna, tunggu sehingga pecah minyak dan garingnya berbau harum.

4

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas atau roti. Selamat mencuba.