Back to Recipe Print

Recipe for "Masak Lemak Ikan Kembung"


Tips

Setelah memasukkan baki santan, kacau perlahan untuk mengelakkan kuah pecah minyak.

Ingredients

Ikan Kembung 5 ekor
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Serai 1 batang
Halia Sedikit
Tomato 1 biji
Cili Hijau 1 biji
Asam Keping 1-2 eping
Garam Sedikit
Santan 1 cawan
Air Sedikit
Kunyit Sedikit

Instructions

1

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dipotong kasar dan dikisar.

2

Masukkan bahan kisar , sedikit kunyit dan sedikit air serta separuh daripada santan ke dalam periuk.

3

Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan bersama asam keping. Masukkan juga garam.Kacau perlahan.

4

Kemudian masukkan cili hijau dan tomato serta baki santan pekat.

5

Kacau perlahan dan dari semasa ke semasa sehingga ikan dan kuah masak.

6

Siap untuk dihidangkan.