Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Udang Belimbing Buluh"


Tips

Tak payah masukkan asam jawa kerana buah belimbing buluh tersedia masam.

Ingredients

Udang (Saiz Besar Atau Sederhana) 500 gram
Pati Santan 1 cawan
Rempah Kari Adabi I paket kecil (24 gram)
Daun Kari 1 tangkai
Buah Belimbing Buluh 5 - 6 biji
Garam Dan Gula Sesedap rasa
Air 3 cawan
Minyak Masak (Untuk Menumis) 2 sudu besar
Bahan-Bahan Dihiris
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 2 ulas
Halia 2 inci

Instructions

1

Cuci udang hingga bersih. Buah belimbing buluh dibersihkan dan dipotong sedikit di bahagian depan dan tangkainya.

2

Panaskan periuk dan tuangkan minyak. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan daun kari hingga naik bau.

3

Kemudian bancuhkan rempah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga rempah masak.

4

Masukkan air dan santan. Kacau santan hingga sebati. Bila mendidih masukkan udang dan buah belimbing buluh. Perisakan dengan garam dan gula.

5

Biarkan hingga udang masak. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.