Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Sotong Istimewa Berkentang"


Tips

Boleh tambah atau kurangkan serbuk cili. Bergantung kepada kepedasan masing-masing.
Sekiranya inginkan gulai pekat atau cair boleh kurang/ tambahkan santan dan sukatan air.

Jangan masak sotong terlalu lama kerana mengurangkan kesegaran rasa sotong.

Ingredients

Sotong (Sederhana Besar) 300 gram (1/2 kati)
Serbuk Kari Ikan 25 gram (1 paket kecil)
Serbuk Cili 2 sudu besar
Ubi Kentang 3 biji
Daun Kari 1 tangkai
Air 3 - 4 cawan
Pati Santan 1/2 cawan (sebungkus rm 1.00)
Minyak Masak 2 sudu besar
Air Asam Jawa Secukup rasa
Garam Dan Gula Secukup rasa
Bahan-Bahan Dihiris
Bawang Merah 1 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halia 2 inci

Instructions

1

Cuci sotong hingga bersih. Toskan.
Kentang dikupas dan dibelah enam. Bersihkan dan toskan.

2

Panaskan periuk, kemudian masukkan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan daun kari hingga naik bau.

3

Bancuh serbuk kari ikan dan serbuk cili dengan air sehingga menjadi pes. Masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga pecah minyak.

4

Masukkan air, ubi kentang dan air asam jawa. Kacau hingga sebati. Biarkan hingga ubi kentang empuk. Setelah ubi kentang empuk masukkan santan.

5

Tunggu hingga hampir mendidih, masukkan sotong dan kacau sebentar. Bila mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa.

6

Setelah masak, tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi.