Back to Recipe Print

Recipe for "Rojak Petis"


Tips

Untuk tahan lama simpan didalam peti sejuk

Ingredients

Kicap Lemak Manis 200ml
Gula Melaka 300g
Gula Pasir Secukupnya
Belacan Bakar 1 buku kecil
Cili Padi - Dikisar Secukupnya
Tepung Ubi 125g
Petis 2 tbsp
Bawang Putih Kisar 3 ulas
Bijan Dan Kacang Tanah Kisar Secukupnya

Instructions

1

Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih.

2

Sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu

3

Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji yang telah ditambah sedikit air sambil dikacau tanpa henti.

4

Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul. Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.

5

Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
Tutupkan api. Biar ia sejuk.

6

Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari.

7

Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba.