Back to Recipe Print

Recipe for "Brazilian Carrot Cake"


Tips

Tempoh kek masak adalah bergantung pada oven masing2. Buangkan lendir telur yang berwarna putih seperti tali untuk menghilangkan hanyir telur.

Ingredients

Bahan Kek
Tepung Gandum (Ayak) 2 cawan
Baking Powder (Ayak) 1 sudu kecil
Telur Gred A 3 biji
Gula Icing 1 1/2 cawan
Esen Vanila 1 sudu kecil
Minyak Sayuran / Minyak Jagung 3/4 cawan
Lobak Merah (Saiz Sederhana) 3 batang
Topping
Gula 1 cawan
Butter 50 gram
Serbuk Koko 1 cawan
Susu Segar 1/4 cawan

Instructions

1

Buangkan kulit lobak merah, kemudian cuci dan potong 4. Kisarkan lobak merah + telur + minyak sayuran + esen vanila sehingga sebati.

2

Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum,baking powder dan gula icing. Sebatikan.

3

Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung dan gunakan mixer untuk sebatikannya.

4

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

5

Untuk topping,setelah kek sejuk, masukkan semua bahan topping ke dalam periuk dan kacau sebati sehingga hampir mendidih.

6

Tuangkan ke atas kek dan hiasankan dengan parutan chocolate atau apa sahaja yang anda sukai.