Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Telur Rebus"


Tips

Telur yang telah direbus digoreng sebentar untuk mengelakkan telur pecah semasa dimasak bersama sambal.

Ingredients

Telur 5 biji
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Cili Kisar 2 senduk
Serai 3 batang
Air Asam Jawa 1/2 cawan
Gula 2 cmb
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Rebus telur hingga masak. Kopek kulit telur dan goreng sebiji-sebiji menggunakan minyak sedikit hingga keperangan. Angkat & toskan.

2

Bawang putih & bawang besar ditumbuk berasingan. Serai diketuk.

3

Tumis bawang putih & cili kisar hingga hilang bau cili.

4

Masukkan bawang besar & serai, tumis hingga naik minyak.

5

Masukkan gula, masak hingga gula larut & warna cili agak gelap.

6

Masukkan air asam & garam.

7

Masukkan telur, gaul rata & boleh dihidang.