Back to Recipe Print

Recipe for "Udang Goreng Kunyit"


Tips

tambahkan daun bawang semasa menghidang untuk lebih aromatik

Ingredients

Udang Saiz Besar - Dipotong Kepala Dan Ekornya 15 ekor
Serbuk Kunyit Sedikit
Serbuk Jintan Manis 1 sudu kecil
Serbuk Pasti Sedap Knorr 1 sudu besar
Kacang Panjang- Dipotong Pendek 10 batang
Bawang Kecil - Dihiris 2 ulas
Bawang Putih - Dihiris 3 ulas
Cili Merah - Dihiris 1 biji
Garam Dan Gula Secukup rasa
Minyak Untuk Menumis Sedikit

Instructions

1

Udang diperap dengan serbuk kunyit, serbuk jintan manis, dan serbuk pasti SEDAP Knorr selama 1/2 jam.

2

Panaskan minyak, tumis bawang kecil, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang yang diperap tadi.

3

Gaul rata sehingga udang masak. Perasakan dengan garam dan gula

4

Setelah udang masak, masukkan kacang panjang dan gaul rata. Kaup balikkan dan bolehlah ditutup api.