Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Goreng Madu Berhalia"


Tips

Untuk rasa yang lebih asli boleh gunakan ayam kampung dan kunyit hidup sebagai bahan perapan.

Ingredients

Ayam (Bahagian Paha Dan Kepak Diutamakan) 500 gram (sebelah)
Madu 2 camca besar
Garam 1 1/2 camca teh
Daun Kari 1 tangkai
Cili Padi (Potong 2 Menyerong) 5 - 6 tangkai
Minyak Untuk Menggoreng 4 camca besar
Bahan-Bahan Perapan :
Garam 1 camca teh
Serbuk Kunyit 1 camca teh
Bahan-Bahan Dihiris
Bawang Holland 1/2 labu
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 inci

Instructions

1

Bersihkan ayam dan potong mengikut kesukaan.

2

Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Biarkan sebentar.

3

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga agak garing. Angkat.

4

Sekiranya banyak minyak lebih, keluarkan sedikit minyak daripada kuali.

5

Masukkan madu dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

6

Masukkan halia dan bawang putih. Kacau.

7

Masukkan ayam, cili padi, bawang holland dan daun kari. Kacau hingga mesra.

8

Tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi. Mudah jer tapi menyelerakan.