Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tumis Telur Pecah"


Tips

Jangan kacau terlalu kerap kerana akan menyebabkan telur hancur.

Ingredients

Telur 3 - 4 biji
Minyak Masak (Untuk Menumis) 2 camca besar
Air 1/2 cawan
Air Asam Jawa 1 camca besar
Garam Dan Gula Secukup rasa
Bahan-Bahan Dikisar
Cili Kering 15 tangkai
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 8 ulas

Instructions

1

Panaskan minyak di dalam kuali.

2

Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.

3

Masukkan air asam jawa. Kacau.

4

Masukkan air dan perisakan dengan gula dan garam secukup rasa.

5

Apabila mendidih, masukkan telur yang dipecahkan sebiji demi sebiji. Pastikan telur-telur tidak bertindih.

6

Apabila telur masak, tutup api dan hidangkan.