Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Kembung Inti Serunding Ikan"


Tips

Elakkan menggunakan minyak yang terlalu panas kerana adunan ini cepat menguning.

Ingredients

Yis Kering 1/2 cmt
Gula Pasir 1 cmb
Tepung Gandum 200 g
Tepung Kentang 50 g
Marjerin 1 cmt
Air 1/4 cawan
Serunding Ikan Segera 100 g

Instructions

1

Campurkan yis kering, gula pasir, teung gandum & tepung kentang. Gaul rata.

2

Masukkan marjerin & air. Uli rata hingga kenyal & tidak melekit.

3

Perap adunan 30 minit hingga naik gebu.

4

Ambil sedikit adunan, bulatkan seperti bola. Buat sama saiz hingga semua adunan habis.

5

Leperkan adunan bola, isi inti serunding, tutup & bulatkan kembali adunan.

6

Rehatkan selama 15 minit. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan.