Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Masak Hitam"


Tips

Jika suka boleh masukkan serai dititik

Ingredients

Sotong Secukupnya
Bawang Putih 5 ulas
Cili Api 8 batang
Bawang Besar 2 ulas
Garam Sedikit
Serbuk Kunyit Sedikit
Halia Dihiris Nipis 1/2 inci

Instructions

1

Asingkan kepala dan badan sotong, cabut perlahan-lahan. Jangan sampai hitam aka ink sotong pecah.

2

Buang bahagian keras atas kepala sotong. Keluarkan tulang nipis dalam badan sotong dan cuci bersih.

3

Gaulkan sotong yang dah bersih dengan serbuk kunyit dan garam.

4

Dalam lesung tumbuk kasar bawang putih dan cili api. Dan hiris bulat bawang merah.

5

Letak minyak dan panaskan kuali. Masukkan sotong dan gorengkan. Nanti hitam tu akan pecah semasa digoreng.

6

Kemudian masukkan bawang putih dan cili api tadi, dan gaul mesra. Bila sotong agak masak, masukkan bawang besar, dan halia. Masak sikit lagi dan siap.