Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Cara"


Tips

Inti kuih cara ni ikut citarasa kita nak taruk apa.. cth gula, susu pekat, kaya dan lain2 lagi..

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Santan Kelapa 2 cawan
Telur 1 biji
Daun Pandan 4 helai
Gula Pasir ( Sebagai Inti ) Secukupnya
Garam Secukup rasa
Minyak Masak 1/2 cawan
Air 2 cawan

Instructions

1

Bersihkan daun pandan dan kisar bersama air, kemudian ditapis.

2

Satukan air pandan, tepung gandum, telur, santan, garam secukup rasa dan minyak masak, kemudian dikisar/dipukul sehingga sebati.

3

Selepas itu, panaskan acuan atas dapur gas. Setelah ia panas, kecilkan api pada tahap minima.

4

Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.

5

Isi adunan tadi dlm bekas bermuncung agar ia lebih mudah dituang ke dlm setiap acuan tadi.

6

Letakkan 1/3 sudu teh gula pasir pada setiap kuih.

7

Kemudian, tutup permukaan acuan dgn tudung periuk.

8

Masak hingga kuih menjadi kuning keemasan.