Back to Recipe Print

Recipe for "Kerepek Ngaku"


Tips

Pemarut - Kita perlukan pemarut tajam yang matanya kecil supaya boleh parut ngaku menjadi hirisan-hirisan nipis. Jika hasil parutan tebal, kerepek tidak akan jadi rangup.

Ingredients

Ngaku Atau Arrowhead 1 kilogram
Minyak Masak Secukupnya
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Kupas kulit ngaku tetapi jangan buang tangkainya. Ini untuk memudahkan kita menyagat ngaku. Kemudian, cuci hingga bersih, tus dan biarkan kering.

2

Parut ngaku menjadi hirisan kecil dan nipis. Gaulkan dengan sedikit garam agar hirisan-hirisan ngaku tidak melekat antara satu sama lain.

3

Panaskan minyak dalam kuali. Minyak perlu banyak seperti hendak menggoreng kerepek atau keropok.

4

Masukkan hirisan ngaku ke dalam kuali. Pastikan tidak bertindan. Terbalik-terbalikkan bila perlu. Angkat apabila ngaku bertukar warna kekuningan.

5

Jika mahu tambah sedikit lagi garam pun boleh. Gaul hingga sekata. Sejukkan seketika dan masukkan dalam balang kedap udara.