Back to Recipe Print

Recipe for "Lasagna Daging"


Tips

boleh guna inti ayam kalau tak gemar daging lembu

Ingredients

Inti Daging
Daging Kisar Ramly 400g
Bawang Putih 3 ulas *cincang
Bawang Besar 2 biji * mayang
Halia 1/2 inci *parut halus
Mixed Herbs 1 sudu besar
Pes Tomato 200g
Minyak 1 - 2 sudu besar
Susu Segar 1 cawan
Sos Bechamel
Susu Segar 3 cawan
Bawang Putih 1 ulas *mayang halus
Lada Putih 1/2 sudu besar
Keju Cheesedale 3 keping
Tepung Gandum 3 sudu besar
Garam Secubit
Mentega 2 sudu besar
Lasagna Layer
Lasagna Sheet Secukupnya *rebus seketika sebelum digunakan
Mozzarella Cheese 200g
Parmesan Cheese 100g

Instructions

Untuk Inti Daging

1

Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau. masukkan daging kisar. biarkan daging empuk dan terlerai

2

Masukkan mixed herbs, pes tomato dan susu segar. renehkan sehingga inti daging betul - betul empuk dan masak, serasikan garam dan gula ikut suka.

Sos Bechamel

1

Panaskan mentega di dalam periuk, tumis bawang putih dan masukkan susu segar

2

Apabila susu mula suam, masukkan lada putih dan tepung.kacau sehingga sebati dan tidak berketul.

3

Masukkan keju cheesedale dan garam. kacau lagi sehingga cair. Angkat dari dapur dan toskan dengan penapis sekiranya masih berketul.

Untuk Membuat Lasagna

1

Panaskan oven 180 degree celsius. Dalam pan lasagna atau baking tin bersaiz segi empat sama / segiempat tempat, sapukan sedikit mentega rata - rata.

2

Susun lasagna sheet di bahagian bawah, Diikuti dengan sos bechamel, inti daging,sos bechamel, lasagna sheet dan akhir sekali cheese.

3

Ulangi langkah tadi sehingga mendapat 2 atau 3 lapisan lasagna. Kemudian bakar pada suhu 180 degree celsius 15 - 20 min atau sehingga masak.

4

Siap dihidang.