Untuk Satay | |
Ayam | 2 ekor ( dilapah, buang kulit dan dipotong dagingnya kecil - kecil) |
Bawang Putih | 3 bunjut (kisar) |
Bawang Besar | 6 biji (kisar) |
Serai | 15 batang (kisar) |
Halia | 2 inci (kisar) |
Lengkuas | 1/2 inci (kisar) |
Asam Jawa | 1/2 sudu besar |
Serbuk Kunyit | Secukupnya |
Garam | Secukupnya |
Gula | Secukupnya |
Lidi Satay | Secukupnya (anggaran 120 ke 150 batang lidi) |
Untuk Serai Perapan: Diguna Sewaktu Memberus (Brushing Technique) | |
Minyak Masak | 1 1/2 cawan |
Serai | 2 batang (dititik hujungnya) |
Bahan Perapan Satay | 1 cawan (ambil dari perapan satay selepas 3 jam satay diperap) |
Untuk Satay:
Isi ayam dibasuh dah ditoskan. Gaulkan dengan kesemua bahan kisar tadi
Masukkan serbuk kunyit, asam jawa, garam dan gula secukupkan. Cucukkan isi ayam perapan tersebut pada lidi satay dan perap selama 3 jam
Untuk Serai Perapan:
Campurkan minyak dengan bahan perapan satay tadi, rendamkan separuh serai ke dalamnya. siap digunakan sewaktu membakar
Untuk Membakar Satay
Bakar arang dan siapkan dapur pembakar satay. sekiranya tiada, boleh dipanggang dengan pemanggang jaib atau di dalam oven. (190 cel 15 min)
Susunkan satay atas dapur dan bakar sehingga masak. sesekali sapukan serai perapan tadi untuk mengelakkan daging dari terlalu kering sewaktu dibakar.