Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tumis Ikan Bilis"


Tips

boleh kurangkan penggunaan cili kering dalam resepi ni sekiranya anda tak tahan pedas.

Ingredients

Cili Kering 15 - 20 tangkai (potong, buang biji, rebus dan kisar halus)
Bawang Putih 10 - 12 ulas (kisar)
Bawang Merah Kecil 4 biji (kisar)
Bawang Besar 3 biji (mayang)
Belacan 1 1/2 inci
Air Asam Jawa Secukupnya
Garam Dan Gula Secukupnya
Ikan Bilis 100g (bersihkan)
Minyak Masak Secukupnya untuk menumis

Instructions

1

Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering yang telah dikisar, bawang putih, bawang merah dan belacan sehingga naik bau dan pecah minyak.

2

Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan mereneh sekejap

3

Masukkan gula dan garam. masukkan sedikit demi sedikit terutama gula sehingga mencapai tahap kepedasan yang diingini.

4

Akhirnya sekali masukkan ikan bilis dan bawang besar tadi dan biarkan sehingga betul2 masak dan layu. siap dihidang.

5

Sangat sesuai dijadikan sambal untuk nasi lemak atau sebagai sambal besengek,.