Back to Recipe Print

Recipe for "Tomyam Seafood"


Tips

1. Jangan gunakan bahagian tengah limau nipis kerana ia memberi rasa pahit kepada tomyam. Seeloknya, limau nipis dihiris bahagian tepi sahaja. (Biji dari limau nipis menyebabkan rasa pahit terhadap kuah tomyam)

2. Daun ketumbar dimasukkan 2 kali iaitu setelah air dimasukkan dan sebelum tomyam hampir masak untuk menjadi pembangkit rasa tomyam.

Ingredients

Bawang Putih (Diketuk) 3 biji
Bawang Merah (Dihiris) 3 biji
Bawang Holland (Dihiris) 1/2 biji
Cili Padi (Diketuk) 5 biji
Serai (Diketuk) 1 batang
Halia (Diketuk) 1 inci
Lengkuas (Diketuk) 1 inci
Daun Limau Purut (Dikoyak) 3 helai
Limau Nipis 1 biji
Tomato (Dipotong 8) 1 biji
Daun Ketumbar (Akar Dibasuh Bersih Dan Daun Dicincang) 2 tangkai
Udang 1 pinggan
Sotong 1 pinggan
Lobak Merah 1/2 batang
Bunga Kubis 1/4 biji
Cendawan 10 kuntum
Paste Tomyam 1 paket
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Air 2-3 cawan

Instructions

1

Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2

Kemudian, masukkan bawang merah dan 1/4 biji bawang holland.

3

Masukkan air diikuti cili padi, serai, halia, lengkuas, 1/4 bawang holland, daun limau purut, limau nipis, tomato, akar dan daun ketumbar.

4

Setelah air mendidih, masukkan udang dan sotong yang telah di cuci bersih.

5

Kemudian, masukkan paste tomyam diikuti lobak merah, bunga kubis dan cendawan.

6

Masukkan garam dan gula secukup rasa

7

Siap untuk dihidang.