Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Kayu Lengat"


Tips

1. Asam jawa digunakan dengan banyak untuk menjadikan ikan betul2 masam supaya mendapat kesedapan maksima.
2. Ikan lengat tidak perlu digoreng lama kerana sudah masak.

Ingredients

Isi Ikan Kayu 5 keping
Asam Jawa 1/2 bunjut
Garam Kasar 1 1/2 sudu besar
Air Secukupnya

Instructions

1

Hanya 3 bahan yang diperlukan.

2

Basuh bersih ikan & susun ikan di dalam periuk.

3

Ramas asam jawa dgn air & masukkan dalam periuk berserta bijinya. Tambah air sama paras dengan ikan. Tabur garam kasar, tak perlu dikacau.

4

Buka api sederhana, tutup periuk & masak hingga air kering. Tutup api.

5

Panaskan kuali & goreng ikan lengat hingga garing. Bolehlah dihidangkan.

6

Sedap dinikmati bersama cencaluk & nasi panas.

7

Jika ada leftover, boleh pecah2kan isi ikan lengat & dimasukkan dalam nasi goreng.