Back to Recipe Print

Recipe for "Nam Dok Anchan"


Tips

Sebarang jenis jus sitrus seperti limau kasturi, limau nipis & lemon akan merubah warna air ini.

Ingredients

Bunga Telang 30 kuntum
Daun Pandan Dikoyak & Disimpul 4 helai
Gula 4 cawan
Air 4 cawan
Limau Nipis @ Limau Kasturi @ Lemon Secukupnya
Ais Kiub Secukupnya

Instructions

1

Buang tangkai hijau bunga telang & ambil kelopaknya sahaja.

2

Satukan semua bahan dalam periuk & masak hingga gula larut. Biarkan mendidih & masak hingga pekat seperti pati.

3

Tapiskan & biarkan sejuk. Masukkan dalam bekas & simpan.

4

Untuk membancuh sirap biru, tambahkan air & ais kiub secukupnya. Hidangkan.

5

Juga boleh perahkan jus limau atau lemon & kacau. Warna biru akan bertukar ke warna pink & rasanya seperti sirap limau.

6

Jika inginkan air 2 layers, perahkan jus limau & tak perlu dikacau. Hanya kacau bila ingin menikmatinya.

7

Boleh juga masukkan hirisan lemon & jus lemon akan menjadikan warna air ini menarik.