Masukkan air mendidih ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan badam. Rendam seketika. Kupaslah badam tersenut. Anda pasti merasakan ia mudah dikupas. Selamat Mencuba !
Basuh 2 atau 3 keping asam jawa. Masukkan ke dalam bekas pengisar. Kisar dengan sedikit air. Anda tidak perlu membasuhnya dengan sabun. Insyaallah bau pengisar anda akan terasa seperti baru dibeli.
Masukkan air ke dalam mangkuk dan masukkan garam. Kupas bawang dan rendam di dalam air tadi selama 15 minit. Hiris bawang tersebut dan goreng di dalam minyak yang panas. Masukkan asam gelugur. Kacau r...
Masukkan sedikit gula ke dalam air.Kacau sehingga larut. Siram sawi tadi dengan air gula.Tidak perlu dibilas dengan air paip. Bungkus dengan surat khabar dan simpan di dalam peti seju.k,Apabila hendak...
Bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Kemudian sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu. Dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, barulah dibilas semula.
Untuk mengelakkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berbau,letakkan 5-6 helai daun pandan di tempat anda mengeringkan pinggan mangkuk yang baru dicuci. Hasilnya pinggang mangkuk anda tidak berbau hapa...
Bagi mereka yang gemar memakan burung merpati, boleh cuba petua ini. Ambil sebiji betik muda yang telah dibuang kulitnya dan rebus bersama burung merpati sehingga beberapa jam. Apabila burung merpati...
Untuk mendapatkan banyak jus dari sebiji lemon, rendam buah tersebut di dalam air panas selama 15 minit, atau panaskannya 45 saat di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum diperah jusnya.
Rendam bawang di dalam air sejuk setengah jam sebelum mengupasnya. Atau anda juga boleh menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku selama 10 hingga 15 minit sebelum memotongnya.
Untuk mengekalkan warna nasi putih dan cantik setelah dimasak, tambahkan satu sudu besar jus lemon ketika hendak memasak nasi.Ini bukan hanya dapat mengekalkan warnanya,tetapi juga menjadi perasa tamb...
Untuk mengelakkan mentega hangus,tambahkan sedikit minyak ke dalam mentega. Panaskan kedua-duanya sekali dengan api yang perlahan.Jangan biarkan terlalu lama di atas api.
Kupas semua sekali kulit lengkuas tadi. Nak potong kecil pun boleh, nak biar saiz besar pun boleh. Kemudian masukkan ke dalam plastik zipped lock dan masukkan dalam bekas tupperware kemudian simpan di...
Rebus satu sudu teh serbuk kayu manis bersama secawan air. Biarkan agak suam,barulah diminum.Jika anda mahu,anda boleh menambah beberapa daun bay dan buah pelaga semasa merebus. Lakukan 2 kali sehari....
Taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas / tupperware biskut. Kemudian barulah masukkan biskut dan tutup dengan kemas atau rapat. Insyaallah biskut tidak akan lemau.
Masak air gula seperti biasa,kemudian masukkan 1 sudu besar air perahan limau nipis. Masak sehingga mendidih.Sejukkan ia, barulah disimpan di dalam bekas yang bersih dan bertutup.
Masukkan buah pelaga ke dalam bekas kedap udara.Kemudian letakkan tisu di atas permukaan bekas dan tutup tudung bekas berkenaan. Simpan bekas di tempat yang suhunya seimbang (kering dan sejuk).
Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memutihkan gigi. Berus gigi anda dengan soda bicarbonat. Gigi akan lebih putih dan karies gigi juga akan berkurangan. Jangan terlalu kerap melakukannya....