Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Goreng"


Tips

Kalau saya, selepas buang insang dan isi perut ikan, dekat dapur memang dah khaskan berus gigi untuk gosok di bahagian dalam ikan sambil basuh. Sebab isi dalam dia ni degil sikit nak bersih kalau basuh biasa-biasa je. Sisik pun dan sirip pun pastikan buang semua ye. Baru rasa bersih nak makan.

Kalau ikan keli, tips paling berkesan saya always amek limau purut beberapa biji and garam. Gaulkan ikan keli dengan garam dengan perahan limau purut tu. Insyaallah mesti tertanggal semua lendir ikan keli. Selamat mencuba.

Ingredients

Ikan Temenong 6 ekor
Serbuk Kunyit Secukupnya
Garam Secukupnya

Instructions

1

Siang ikan sebersih-bersihnya.

2

Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

3

Pastikan minyak dah betul-betul panas baru masukkan ikan. Kalau tak nanti melekat. Terbalikkan when dah nampak garing dan masak.

4

Siap dan sedia untuk dihidang.