Back to Recipe Print

Recipe for "Kerepek Keledek"


Tips

1. Keledek yang disagat tebal tidak akan garing walaupun digoreng lama. Oleh itu pastikan keledek disagat nipis.
2. Goreng keledek menggunakan api sederhana besar.
3. Untuk mengelakkan keledek melekat sesama sendiri dalam kuali semasa menggoreng, jgn masukkan keledek terlalu banyak.

Ingredients

Ubi Keledek Saiz Kecil 4 batang
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya
Garam Sedikit

Instructions

1

Kupas kulit keledek & basuh bersih.

2

Sagat nipis keledek hingga habis.

3

Panaskan minyak & goreng keledek hingga garing. Angkat & toskan minyak. Goreng keledek hingga habis.

4

Masukkan keledek yg telah digoreng dalam bekas bertutup & masukkan sedikit garam halus. Goncang manja bekas supaya garam bergaul rata.

5

Sedia dinikmati. Jika tidak dihabiskan masukkan dalam bekas kedap udara supaya kerepek kekal rangup.